Lyndon Rive | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Afrika Selatan - Amerika |
Pekerjaan | Ahli perniagaan |
Terkenal kerana | Pengasas bersama SolarCity |
Pangkat | CEO SolarCity |
Saudara | Elon Musk (sepupu) Kimbal Musk (sepupu) Tosca Musk (sepupu) Maye Musk (ibu saudara) |
Lyndon Rive (lahir 22 Januari 1977) ialah ahli perniagaan dan pengasas bersama SolarCity yang mana beliau berkhidmat sebagai CEO sehingga 2017. SolarCity ialah pembekal perkhidmatan tenaga bersih yang merancang, membiayai, dan memasang sistem fotovoltaik, melakukan audit kecekapan tenaga, dan memasang semula dan membina stesen pengecasan kenderaan elektrik. Rive mengasaskan SolarCity bersama adiknya Peter pada 2006.
Sebelum menubuhkan SolarCity, Rive mengasaskan syarikat perisian perusahaan Everdream, yang akhirnya diambil alih oleh Dell. Rive memulakan syarikat pertamanya pada usia 17 tahun sebelum meninggalkan negara asalnya di Afrika Selatan. Pada masa lapang, Rive bermain hoki bawah air. Rive ialah sepupu kepada pelabur dan usahawan SolarCity Elon Musk, kerana ibu mereka adalah anak kembar.[2]
Pada tahun 2010, Rive telah dinamakan dalam MIT Technology Review's Innovators Under 35 sebagai salah seorang daripada 35 penginovasi di dunia pada usia 35 tahun.[3]
Pada tahun 2017, Rive announced beliau mengumumkan akan menamatkan kerjayanya di Tesla, Inc. selepas syarikat itu membeli SolarCity pada 2016. Beliau menyatakan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya bersama-sama aktiviti keusahawan seterusnya.[4] Menurut Rive, beliau meninggalkan Tesla untuk memulakan syarikat pemula baru.[5]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search